BLOG RASMI SK TUNKU ABDUL MALIK EMEL: KBB5023@moe.edu.my NO TEL: 04-4907591
Friday, June 24, 2022
TAHNIAH BUAT PERMATA SKTAM
SKTAM mendapat JOHAN dalam Kejohanan Hoki MSS DKBB 2022 dengan mengalahkan SKTR 2-0.
Plus PEMAIN TERBAIK. Muhammad Delish Adni. Tahniah. SKTAM TERUS CEMERLANG! 💪
Wednesday, June 22, 2022
KENANGAN JAUH DI MATA DI HATI JANGAN
SEDAP SUNGGUH SI BUAH LONGAN
SEDAP DIMAKAN JIKA BERTEMAN
HILANG DIMATA DI HATI JANGAN
KU SIMPAN NASIHAT SEBAGAI PEDOMAN
GUGUR BERDERAI SI AIR MATA
HULURKAN SEGERA SAPU TANGAN
TANGAN DIHULUR, MAAF
DIPINTA
JASA DAN BAKTI JADI
KENANGAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya cikgu Jasni Ri ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas majlis sempena pertukaran saya yang telah diadakan pagi tadi oleh pihak BKGS . Segala tunjuk ajar , ilmu serta kerjasama dari pihak pentadbir serta semua guru yang cukup berkaliber yang telah membantu saya sepanjang berkhidmat di SKTAM amat saya hargai dan terharu. Saya juga mohon agar dihalalkan segala makan dan minum sepanjang berada di SKTAM .Jika ada salah dan silap yang telah dilakukan oleh saya, saya mohon ampun dan maaf.
Semoga seluruh warga SKTAM sentiasa sihat dan terus maju jaya menjadi pendidik yang cemerlang. Semoga segala usaha kita sentiasa dirahmati dan diberkatiNya.
THNIAH BUAT PEMIMPIN CILIK
🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀
Assalamualaikum dan Salam sejahtera .
Makluman kepada semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, ketua kelas dan penolong ketua kelas diminta untuk memakai uniform sekolah yang lengkap pada hari Selasa ( 21.06.2022) untuk Majlis Penyampaian Sijil dan Watikah Pelantikan.
Atur cara seperti berikut :
Tempat : Dewan Seri Kirana
Tarikh. : 21.6.2022
Atur cara :
7.30 pagi : Ketibaan PPS sekolah.
( Sarjan Adam dari Balai Polis Hi-tech )
7.40 pagi : Mengiringi pegawai polis
8.00 pagi : Majlis bermula.
- Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan Tuan Guru Besar.
- Majlis serahan watikah.
* Pengawas Sekolah
* Pengawas Perpustakaan
* Ketua / Penolong kelas
* PRS
- Sesi bergambar.
- Majlis tamat.
- Murid bersurai masuk ke kelas.



































































































































