Sejarah Sekolah


   Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik yang ada pada hari ini,  bukanlah nama awal yang diberikan. Pada tahun 1957,  sekolah  ini  dikenali dengan nama  Sultan Badlishah Primary School. Ini kerana   sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Menengah Sultan  Badlishah ketika itu, sebelum dibina bangunan baru yang berasingan.

   Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik, Tunku Bendahara Kedah pada hari Jumaat, 8 Jun 1962. Nama sekolah ini mengambil sempena nama YTM Tunku   Pada tahun 1962, sekolah ini mempunyai empat blok bangunan satu tingkat, iaitu Bangunan JKR No. 810 untuk bilik darjah, Bangunan JKR No.811 untuk bilik darjah dan stor, Bangunan JKR No. 813 untuk    tandas dan Bangunan JKR No.812 untuk letak basikal.

   Jumlah murid pada waktu itu adalah seramai 867 orang dengan 26 orang guru termasuk guru besar. Sekolah ini beroperasi dalam sesi petang sahaja. Pada tahun 1963, sesi pagi sekolah ini telah diadakan. Ketika itu sekolah ini mempunyai 12 bilik darjah, tetapi hanya 4 bilik saja digunakan, manakala 7 bilik darjah dipinjamkan kepada Sekolah Menengah Sultan Badlishah. Sesi petang dibuka sebanyak 15 kelas, iaitu darjah satu hingga darjah lima dan darjah enam dibuka untuk sesi pagi, iaitu 2 darjah bagi ‘Special Malay Two’, 2 darjah bagi darjah lima dan 2 darjah bagi darjah empat.

   Pada tahun 1964 satu bangunan lagi dibina menjadikan kesemuanya 18 bilik darjah. Pihak JKR juga telah meratakan satu kawasan lapang untuk dijadikan kawasan padang permainan. Pada tahun 1965, Darjah Khas untuk murid-murid bermasalah pendengaran telah dibuka di sekolah ini. Bilangan murid khas pada masa itu adalah seramai 12 orang dengan seorang guru, Encik Mohd Desa  Ismail.

   Kepadatan penduduk di kawasan sekitar sekolah ini, telah meningkatkan   bilangan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Pada tahun 1980, Kementerian Pelajaran telah meluluskan supaya bangunan tambahan didirikan. Sehingga tahun 1985 barulah projek ini dilaksanakan iaitu bangunan 3 tingkat dengan 10 bilik darjah. Projek bangunan sekolah ini siap sepenuhnya pada bulan Disember 1986. 3 buah bilik darjah daripada bangunan baru ini telah dijadikan sebagai Pusat Sumber Sekolah (PSS) termasuklah bilik Alat Pandang Dengar (APD) dan bilik Perpustakaan.

   Pada bulan Ogos 2002, bangunan Makmal IT (Model 3) telah siap dibina.  Manakala,  pada  tahun  2003,  dua  bangunan 3 tingkat telah didirikan. Bangunan ini menempatkan pejabat, PSS, bilik mesyuarat, dewan terbuka, bilik sains, bilik kemahiran hidup dan bilik darjah.

  Sehingga kini ( Ogos 2012), Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik mempunyai seramai 1293 orang murid, 87 orang guru dan 11 orang kakitangan bukan guru.


  Berikut adalah senarai guru besar yang telah berkhidmat di Sk Tunku Abdul Malik...

Senarai Nama Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik

1. En. Govondaraj
(1962-1969)

2. En. S.P Chiniah
(1970-12.03.1981)

3. En. K.Tanggarajah
(13.03.1981 - 22.03.1992)

4. Pn. Hjh Rokiah Bt Hj Zakaria
(01.03.1992 - 16.05.1992)

5. En. Abu Bakar@Juwita B Shafie
(16.11.1992 - 01.03.1997)

6. En. Padli B Hj Mukhti Pck
(01.03.1997 - 2001)

7. En. Abdul Wahab B Ahmad Ppn
(31.03.2001 - 2003)

8. En. Azizan B Md Saad
(16.11.2003 - 28.02.2010)

9. Pn. Yuhanis Bt Abdul Ghani
(01.03.2010 - 30 Julai 2012)

10. Pn. Ruzaidah Bt Majid
(26.08.2013 - 01.01.2017) 

11. Pn. Suzzana Bt Md Saad
(02.01.2017- 15.09.2020)

12. En. Mohamad Radzi Bin Ibrahim
(16.09.2020-kini)