Thursday, February 13, 2014

HEBAHAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2014

                                                                               
Kepada Semua Waris/Penjaga Murid


Tuan/Puan,

MAKLUMAN KEHADIRAN PELAJAR SESI PETANG KE SESI PAGI DAN HEBAHAN
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014

Adalah saya dengan hormatnya diarah  merujuk kepada  perkara diatas.

2.         Sehubungan dengan itu, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat PIBG seperti ketetapan berikut:

            Tarikh:            16 FEBRUARI 2014 Bersamaan 16 RABIULAKHIR 1435H
            Masa  :            02.00 Petang
            Hari    :            Ahad
                                               
3.         Semua pelajar sesi petang (Tahun 2 dan Tahun 3) akan hadir ke sekolah ke sebelah pagi.
Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa.Semua Pelajar aliran perdana dari Tahun 1 hingga Tahun 6, Pendidikan Khas serta Pra Sekolah dibenarkan pulang pada jam 12.30 tengahari. Semua waris SK Tunku Abdul Malik dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG pada hari tersebut.

4.         Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara diatas didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
“SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI  GEMILANG”








Wednesday, February 5, 2014

PROGRAM PENINGKATAN UPSR 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK
PROGRAM PENINGKATAN UPSR 2014

Bil
      Strategi
                 Aktiviti
 Tarikh Mula
Anggaran Perbelanjaan      
   
 1
Kelas  Tambahan Terancang
Dijalankan terhadap semua kumpulan sasaran murid.  Bermula hari Ahad hingga Rabu jam 1.15pm – 2.15pm di kelas masing-masing.
Kelas 6A, 6M, 6L bermula  5 Januari.
Kelas 6S, 6K, 6T bermula 9 Febuari.


5 Januari dan 9 Febuari  
          
RM 5.00 (Seorang murid)
-          Bahan P &P.
 2
Motivasi Murid
Motivasi bersama murid.  Diadakan sebanyak 2 kali.  Seorang pakar motivasi akan dijemput untuk  memberi  motivasi kepada semua murid.


Febuari dan Jun

RM 15.00 (seorang murid)
-          Bayaran penceramah
-          Makan dan minum 
 3
Program Berfokus
(Bahan-bahan fotostat)
-          Pertukaran soalan antara daerah dan daerah.
-          Soalan-soalan gempur . (mengambil soalan –soalan Percubaan UPSR dari negeri lain-lain.)


    Mei

    Julai

 RM25.00(seorang murid)
  4
Lawatan  Sambil Belajar
Lawatan melibatkan semua murid Tahun 6 . lawatan bertujuan untuk membuka dan merehatkan minda para pelajar. Lawatan selama 1hari.
-          MRSM Baling/Pengkalan Hulu.
-          Reakreasi Minda-Ulu Lenggong

Mei (hari persekolahan)

RM30.00 (seorang Murid)
-          Bas RM20.00
-          Bayaran Masuk RM4.00
-          Makan dan Minum RM6.00

  5
Bacaan Yasin dan Solat Hajat
Majlis kerohanian.
Mengadakan Majlis bacaan yasin bersama guru, waris dan murid Islam Tahun 6.
Ogos
Pukul 1.15ptg
RM 5.00 (seorang Murid)
-          Jamuan waris



Bil
        Strategi
                  Aktiviti
Tarikh mula
         Anggaran Belanjawan
 
6
Teknik Menjawab  Soalan
Teknik menjawab soalan akan diadakan untuk semua murid Tahun 6. Teknik ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan  tentang teknik betul menjawab kertas UPSR.

     Mac
     Jun

RM20.00 (seorang Murid)
-          Bayaran penceramah
-          Bayaran bahan
   


JUMLAH  PERBELANJAAN SEORANG MURID
     
   RM 100.00
   


·         Untuk makluman pihak waris sebahagian kos  program peningkatan UPSR dibiayai oleh pihak sekolah dan PIBG.

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN

‘1 MALAYSIA; RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’

                                                                                               Ruj      : SKTAM/30/005/16(     )
                                                                                               Tarikh : 3 Febuari 2014
Kepada Semua Waris/Penjaga Murid Tahun 6,
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik,
09000 Kulim, Kedah Darul Aman.

Tuan / Puan,

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN

Dengan penuh hormat dan takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan Kelas Tambahan Tahun 6 Selepas Waktu Persekolahan yang akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

2.1  Hari                                  :  Ahad sehingga Rabu
2.2  Tarikh/Hari Bermula        :  9 Febuari 2014
2.3  Masa                                 :  1.15 tengah hari – 2.30 petang
                                                                                   
Kelas / Hari              
6SUKSES
6KOMITMEN
6TEKUN
6AZAM
6MAJU
6LESTARI
AHAD
B.Melayu
B. Melayu
Matematik
B.Inggeris
B.Melayu
Sains
ISNIN
Matematik
Sains
Sains
matematik
Sains
B.Inggeris
SELASA
B.Inggeris
B.Inggeris
B. Melayu
Sains
Matematik
Matematik
RABU
Sains
Matematik
B. Inggeris
B. Melayu
B. Inggeris
B.Melayu

3.         Kelas Tambahan ini DIWAJIBKAN kepada semua murid Tahun 6. Sebarang masalah berkenaan dengan kehadiran ke Kelas Tambahan tersebut hendaklah berhubung terus dengan Tuan Guru Besar. Urusan pengangkutan pergi dan balik ke kelas tersebut adalah tanggung jawab pihak waris.

4.         Justeru, tuan/puan dipohon memberi kerjasama dalam memastikan anak tuan/puan hadir ke kelas tambahan tersebut demi kemajuan pelajaran mereka.  

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘PENGURUSAN BERKUALITI INTEGRITI DIUNGGULI’






Tuesday, February 4, 2014

MAKLUMAN GURU BESAR : BLOG SK TUNKU ABDUL MALIK

‘1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’

                                                                                Ruj : SKTAM/10/001/8Jld.1.(153)
                                                                                Tarikh : 19/01/2014

Kepada Semua Waris Murid
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik

Tuan / Puan,

MAKLUMAN GURU BESAR : BLOG SK TUNKU ABDUL MALIK 

Dengan penuh hormat dan takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Untuk makluman tuan / puan, pihak sekolah kerap mengedarkan surat siaran berkaitan sekolah untuk makluman waris. Selain surat siaran yang diedarkan kepada murid, tuan / puan juga boleh mendapatkan maklumat atau info terkini berkaitan maklumat sekolah melalui blog sekolah sktamkulim.blogspot.com

3.  Kerjasama dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih. 

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘PENGURUSAN BERKUALITI INTEGRITI DIUNGGULI’



‘1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2014

Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Sekolah 2014

Rabu / 05 Feb 2014
Bertempat Padang SKTAM


*Semua guru dan murid Tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan hadir
* Murid  Islam dikehendaki memakai pakaian kebangsaan
murid lelaki :  baju melayu 
murid perempuan : baju kurung 

*Bagi murid bukan Islam aktiviti akan dikendalikan oleh Panitia Moral

* AKTIVITI KOKURIKULUM 05/02/2014 ( RABU)  DAN 06/02/2014 ( KHAMIS ) BAGI UNIT UNIFORM/KELAB/PERSATUAN/1M1S....
....DIBATALKAN, HARAP MAKLUM...T.KASIH...






SKTAMFC


Jadual SKTAMFC minggu ini...

4.2.2014 - sk kulim vs sktam di padang sk kulim

5.2.2014 - sktam vs sk tmn selasih or sk sg ular