Thursday, February 13, 2014

HEBAHAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2014

                                                                               
Kepada Semua Waris/Penjaga Murid


Tuan/Puan,

MAKLUMAN KEHADIRAN PELAJAR SESI PETANG KE SESI PAGI DAN HEBAHAN
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014

Adalah saya dengan hormatnya diarah  merujuk kepada  perkara diatas.

2.         Sehubungan dengan itu, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat PIBG seperti ketetapan berikut:

            Tarikh:            16 FEBRUARI 2014 Bersamaan 16 RABIULAKHIR 1435H
            Masa  :            02.00 Petang
            Hari    :            Ahad
                                               
3.         Semua pelajar sesi petang (Tahun 2 dan Tahun 3) akan hadir ke sekolah ke sebelah pagi.
Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa.Semua Pelajar aliran perdana dari Tahun 1 hingga Tahun 6, Pendidikan Khas serta Pra Sekolah dibenarkan pulang pada jam 12.30 tengahari. Semua waris SK Tunku Abdul Malik dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG pada hari tersebut.

4.         Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara diatas didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
“SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI  GEMILANG”








No comments:

Post a Comment