Saturday, July 16, 2022

MAKLUMAN DAN HEBAHAN

 💐 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua. 


🗣 Bermula pada minggu ini 17/07/2022 sehingga penghujung sesi persekolahan 2022/2023, Unit HEM dan Unit Disiplin SK Tunku Abdul Malik ingin memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan program yang akan dilaksanakan iaitu Masalah Ketidakhadiran Murid SK Tunku Abdul Malik. 


🔊 Pihak Sekolah di bawah pimpinan Guru Besar En Mohd Radzi bin Ibrahim dengan Kerjasama AJK PIBG SK Tunku Abdul Malik dan Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Hi-Tech Sarjan Adam bin Hardwick dan Koperal Shamsul bin Md Jaafar akan melancarkan OPS CAKNA HADIR KE SEKOLAH Bagi Murid SK Tunku Abdul Malik yang akan di senaraikan oleh guru kelas tentang ketidakhadiran ke sekolah. 


🔊 Untuk makluman semua ibu bapa waris, ketidakhadiran murid perlu disertakan surat sakit/MC @ surat makluman bertulis dari pihak waris selewatnya satu minggu kpd guru kelas anak masing2.


🔊 Kami AJK akan membuat lawatan ke rumah murid untuk mendapatkan maklumat dan ingin mengetahui secara terperinci dan bersemuka dengan ibu bapa murid tentang masalah ketidakhadiran anak tuan/ puan ke sekolah. 


🔊 OPS CAKNA HADIR KE SEKOLAH akan dilaksanakan dalam bulan OGOS setelah mendapat laporan kehadiran daripada guru kelas. Ini kerana pihak sekolah ingin mengekang masalah ketidakhadiran murid ke sekolah tanpa sebab dan murid tidak mengikuti pembelajaran di sekolah.


🌟 Dengan adanya program ini, adalah menjadi harapan pihak sekolah agar tiada masalah murid cicir dan masalah ketidakhadiran murid ke sekolah. 


👨‍👩‍👧‍👦 Diharap ibu bapa  murid SK Tunku Abdul Malik yang hebat dan cemerlang akan cakna dan prihatin tentang kehadiran anak ke sekolah.


🏆 Tahniah kepada ibu bapa yang sangat menitikberatkan kehadiran anak ke sekolah. Anda ibu bapa mithali dan unggul.👍🏻💐


# Saya Murid SK Tunku Abdul Malik Suka dan Gembira Hadir Ke Sekolah


 # "JOM DATANG SEKOLAH"


⭐ GERAKAN CAKNA KE SEKOLAH ⭐

No comments:

Post a Comment