Alhamdullilah..
Sekali lagi, Pasukan Bola Baling Lelaki Bawah 12 Tahun SK Tunku Abdul Malik berjaya meraih kejayaan di tempat KETIGA dalam Kejohanan Bola Baling MSSD 2025 bersaing bersama 33 pasukan yg bertanding.
Kejayaan berganda ini membuktikan semangat juang, kerjasama pasukan dan komitmen yang tinggi dalam kalangan para pemain serta sokongan padu daripada jurulatih dan warga sekolah.
Semoga pencapaian ini menjadi pendorong kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, bukan sahaja dalam bidang sukan, malah dalam semua aspek kecemerlangan!
Semoga SmartTeAM terus unggul 🏆🔥
No comments:
Post a Comment