Wednesday, June 22, 2022

KENANGAN JAUH DI MATA DI HATI JANGAN


SEDAP SUNGGUH SI BUAH LONGAN

SEDAP DIMAKAN JIKA BERTEMAN

HILANG DIMATA DI HATI JANGAN

KU SIMPAN NASIHAT SEBAGAI PEDOMAN

 

GUGUR BERDERAI SI AIR MATA

HULURKAN SEGERA SAPU TANGAN

TANGAN DIHULUR, MAAF  DIPINTA

JASA DAN BAKTI  JADI KENANGAN








        Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya cikgu Jasni Ri ingin mengucapkan jutaan terima kasih  atas majlis sempena pertukaran saya yang telah diadakan pagi tadi oleh pihak BKGS . Segala tunjuk ajar , ilmu serta kerjasama dari pihak pentadbir serta semua guru yang cukup berkaliber  yang telah membantu saya  sepanjang berkhidmat di SKTAM amat saya hargai dan terharu. Saya juga mohon agar dihalalkan segala makan dan minum sepanjang berada di SKTAM .Jika ada salah dan silap yang telah dilakukan oleh saya, saya mohon ampun dan maaf. 

          Semoga seluruh warga SKTAM  sentiasa sihat dan terus maju jaya menjadi pendidik yang cemerlang. Semoga segala usaha kita sentiasa dirahmati dan diberkatiNya.

 




No comments:

Post a Comment