PENYERAHAN BORANG PENILAIAN & PENCALONAN SEMULA PENGAWAS SEKOLAH SESI 2027
Tarikh: 10.08.2026 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Kirana
Sasaran: Pengawas Tahun 4 dan 5 Sesi persekolahan 2026
Objektif:
1.Menilai prestasi dan sahsiah pengawas sekolah sepanjang menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi sesi 2026.
2. Mengenal pasti pengawas yang menunjukkan prestasi cemerlang, berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.
3.Mendapatkan maklum balas guru berkaitan tahap kepimpinan, disiplin, komitmen dan kebolehan pengawas dalam melaksanakan tugas.
4.Membuat pencalonan semula pengawas yang berkelayakan untuk meneruskan khidmat sebagai pengawas sekolah bagi sesi 2027.
5.Memastikan barisan kepimpinan pengawas sesi 2027 terdiri daripada murid yang berkualiti, berintegriti, bertanggungjawab dan mampu menjadi contoh kepada murid lain.
6.Membentuk barisan pengawas yang lebih kompeten dan berwibawa dalam membantu pihak sekolah menjayakan pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah murid.





No comments:
Post a Comment